Program Ditawarkan
Maklumat Pendaftaran
Maklumat Mengenai
Pinjaman Pengajian
Geran Bantuan Pelajar Bagi Yuran Pendaftaran Program Diploma UPM, UTM & UiTM Di Kolej SHAHPUTRA
(Wang pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA atau Yayasan Pahang)
A. Wang Pendahuluan Pinjaman Pelajaran Mara (RM2,000.00)
  • Pihak MARA menyediakan pinjaman ini kepada pelajar yang ingin dan layak untuk mendaftar sebagai pelajar di KOLEJ SHAHPUTRA
  • Permohonan boleh dibuat sama ada dua(2) minggu sebelum atau dua(2) minggu selepas tarikh pendaftaran
  • Borang permohonan dan maklumat lanjut boleh didapati di pejabat MARA negeri masing-masing
  • Syarat permohonan:
  • Warganegara Malaysia dari keturunan Melayu atau Bumiputera
  • Pendapatan ibubapa RM3,000.00 dan ke bawah sebulan; bagi pendapatan ibubapa lebih RM3,000.00 sebulan, keputusan tertakluk kepada budi bicara pihak MARA.
  • Dokumen yang diperlukan:
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon, ibu, bapa dan penjamin
  • Salinan surat daftar kelahiran (surat beranak) pemohon, ibu dan bapa
  • Salinan sijil mati dan sijil penceraian ibubapa (jika berkaitan)
  • Salinan surat tawaran kemasukan ke Kolej SHAHPUTRA
  • Salinan notis taksiran cukai pendapatan / slip gaji / surat pengesahan pendapatan (bagi yang tiada slip gaji).
B. Derma Siswa Yayasan Pahang (RM500)
SYARAT KELAYAKAN MEMOHON
  • Anak negeri Pahang Darul Makmur yang diiktiraf sebagai:
  • Pemohon, ibu dan / atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur, dan
  • Pemohon dan keluarga telah bermastautin lebih dari 10 tahun dan berhasrat untuk menetap di Pahang. Bagi kategori ini, surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu, Pegawai Daerah atau Wakil Rakyat setempat atau wakil yang dilantik oleh Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pahang hendaklah dikemukakan.
  • Telah mendapat tawaran / tempat belajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
  • Sijil SPM dan STPM yang dikemukakan mestilah tidak melebihi 2 tahun dari tarikh permohonan dibuat
  • Permohonan hanya sah di dalam tempoh 2 minggu sebelum dan 6 minggu selepas tarikh kemasukan ke IPT.

KEPERLUAN DOKUMEN
Sila lampirkan salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan bersekali dengan borang permohonan.

  • Gambar berukuran pasport
  • Surat tawaran kemasukan
  • Kad Pengenalan pemohon
  • Sijil Kelahiran pemohon, ibu dan bapa
  • Sijil Persekolahan pemohon
  • Sijil keputusan peperiksaan SPM/STPM
  • Slip/Sijil penyata cukai pendapatan ibu dan bapa atau penjaga. Sila dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada Penghulu Mukim atau Ketua Kampung bagi yang tiada slip gaji / borang J.
  • Resit bayaran pendaftaran di IPT.

Sebarang pertanyaan mengenai maklumat ini, sila berhubung dengan Bahagian Kewangan Kolej ShahPutra Kuantan di talian 09-5737777 Samb. 135, 144, 150