Program Ditawarkan
Maklumat Pendaftaran
Maklumat Mengenai
Pinjaman Pengajian
Permohonan Pembiayaan Pinjaman Pelajaran MARA/PTPTN Bagi Program Diploma UPM, UTM & UITM Di Kolej SHAHPUTRA
Bagi pinjaman pelajaran (yuran pengajian & elaun sara diri), pihak Kolej SHAHPUTRA akan membantu mendapatkannya dari MARA / PTPTN.
A. Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA

Pembiayaan pinjaman pendidikan MARA adalah merangkumi :-

  • Yuran pengajian bagi keseluruhan program pengajian untuk 3 tahun (6 semester) tersebut akan dibayar oleh pihak MARA terus kepada Kolej ShahPutra.
  • Elaun sara diri (RM535.50 sebulan) akan dimasukkan terus ke akaun pelajar.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMOHON PINJAMAN PELAJARAN MARA:

  • Gambar terkini berukuran paspot
  • Salinan surat tawaran kemasukan ke Kolej SHAHPUTRA
  • Salinan sijil kelahiran pelajar, ibu dan bapa
  • Salinan sijil kematian ibu/bapa (jika berkaitan)
  • Salinan kad pengenalan pelajar, ibu dan bapa
  • Salinan sijil akademik SPM / STPM / Pra Diploma / Sijil
  • Salinan sijil berhenti sekolah
  • Salinan penyata gaji/ Borang J/ Surat Pengesahan Pendapatan/ Penyata Pencen ibubapa yang terkini (** Sila rujuk maklumat tambahan dibawah)
  • Sebuah esei perihal diri dan perancangan pendidikan dan kerjaya masa depan pelajar, lebih kurang 300 patah perkataan secara bertulis tangan yang kemas atau bertaip.
  • Salinan buku akaun simpanan CIMB.
B. Permohonan Pinjaman Pelajaran PTPTN

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMOHON PINJAMAN PELAJARAN PTPTN:

  • Salinan surat tawaran kemasukan ke Kolej SHAHPUTRA
  • Salinan kad pengenalan pelajar
  • Salinan penyata gaji/ Borang J/ Surat Pengesahan Pendapatan/ Penyata Pencen ibubapa yang terkini (** Sila rujuk maklumat tambahan dibawah)
  • Salinan sijil akademik SPM
  • Salinan akaun SSPN
  • Salinan buku akaun simpanan Bank CIMB.
Maklumat Tambahan
  • ** Surat pengesahan pendapatan ibu bapa/penjaga jika tiada slip gaji @ borang J. Surat ini hanya boleh dikeluarkan oleh Ketua Kampung, Penghulu / Penggawa, Pegawai Daerah atau Wakil Rakyat dimana penama bermastautin.
  • Sila sediakan segala dokumen yang diperlukan pada hari pendaftaran bagi tujuan mempercepatkan proses permohonan pinjaman pelajaran.
  • Borang permohonan pinjaman permohonan MARA akan disediakan secara percuma setelah pelajar mendaftarkan diri di Kolej SHAHPUTRA.

SEMUA SALINAN DOKUMEN HENDAKLAH DISAHKAN BENAR OLEH:

  • Ketua Kampung @ Penghulu, Pegawai Daerah yang mempunyai Cop Jawatan Rasmi ATAU
  • Semua Pegawai-pegawai kerajaan dan badan berkanun dalam kumpulan A dan B seperti Pengetua dan Guru Besar sekolah ATAU
  • Pegawai-pegawai dalam perkhidmatan perundangan dan kehakiman seperti Majistret, Peguambela & Peguamcara ATAU
  • Wakil Rakyat ATAU
  • Jaksa Pendamai (JP)

Sebarang pertanyaan mengenai maklumat ini, sila berhubung dengan Bahagian Kewangan Kolej ShahPutra Kuantan di talian 09-5737777 Samb. 135, 144, 150