Kolej SHAHPUTRA (KSP) sebelum ini dikenali sebagai Institut Fitra
mula beroperasi pada 27 Disember 1997 dengan dimiliki sepenuhnya oleh
Graduate Achievement Studies Sdn. Bhd. (GASC) sebuah syarikat swasta
milik 100% Bumiputra.
Pada awal penubuhan, Institut Fitra telah
menyewa 2 pintu bangunan 3 tingkat beralamat A9-A11, Sri Dagangan Fasa
2, Jalan Tun Ismail 9, 25200 Kuantan berdekatan dengan Berjaya Megamall,
Kuantan.
Bangunan tersebut membolehkan Institut Fitra menyediakan 2 bilik kuliah,
1 dewan kecil, 1 makmal komputer dengan 20 buah komputer serta 1 pejabat.
Antara pelajar pertama di Institut Fitra terdiri daripada kumpulan
pelajar Matrikulasi TESL UPM dan Matrikulasi Perakaunan UPM seramai 108
orang yang telah dihantar oleh UPM pada Jun 1998.
Disebabkan meningkatnya jumlah pelajar maka Institut Fitra telah berpindah ke satu
kawasan baru seluas 8 hektar di Pekan, Pahang di mana kawasan tersebut
begitu sesuai dijadikan tempat menimba ilmu kerana mempunyai
persekitaran yang tenang, selesa dan luas.
Serentak dengan perpindahan
itu, Institut Fitra telah ditukar namanya kepada Kolej SHAHPUTRA setelah
mendapat pandangan Universiti Putra Malaysia dan Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Kini Kolej ShahPutra telah pun mempunyai sebuah kampus tetap
di Bandar Indera Mahkota dengan jumlah keseluruhan pelajar lebih kurang
seramai 4,000 orang.
Kolej SHAHPUTRA Pekan
Kolej SHAHPUTRA City Campus
Kolej SHAHPUTRA
University Twinning College
MISI KORPORAT
Kolej ShahPutra ditubuhkan dengan misi
utama untuk menyediakan tahap pendidikan dan latihan yang terbaik
melalui teknik dan kemudahan yang efektif.
VISI KORPORAT
Ke arah memberikan pendidikan dan latihan yang terbaik melalui peralatan yang
terkini serta teknik pendidikan dan pembelajaran yang efektif.
FALSAFAH KORPORAT
Bergerak seiring dengan dunia teknologi maklumat yang semakin
berkembang maju dan berkeinginan daya maju, bekerja keras, dan
berdedikasi sebagai satu keutamaan, dapat menyesuaikan diri dengan
perubahan pesat persekitaran pendidikan secara pintar, kreatif dan
dengan nilai-nilai yang bereputasi.
OBJEKTIF
Memberi peluang pendidikan kepada
masyarakat dengan berdasarkan kepada pendidikan dan pengalaman,
Merealisasikan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara dalam tugas
mendidik anak Malaysia terutama dalam menambahkan bilangan
pelajar-pelajar Bumiputera,
Mengurangkan penggantungan kepada universiti-universiti luar dan
seterusnya mengurangkan aliran keluar matawang DAN
Menggunakan kemudahan kampus baru dalam memastikan penggunaan
sumber di tahap yang maksimum.