KECEMERLANGAN PENGIKTIRAFAN PRESTASI PENGAMBILAN PELAJAR 2003-2005
- TAHNIAH kepada Kolej SHAHPUTRA diatas penganugerahan 'Kecemerlangan
Pengiktirafan Prestasi Pengambilan Pelajar 2003-2005' yang telah
disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Y.B. Dato' Sri Dr.
Hj. Shafie Hj. Mohd Salleh pada 'Malam Pengajian Tinggi Swasta 2005'.
ANUGERAH MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN (MPK)
- TAHNIAH kerana telah dianugerahkan Anugerah 'Kecemerlangan
Pembangunan Komuniti' yang telah disampaikan oleh Yang Di Pertua Majlis
Perbandaran Kuantan, Y.H Dato' Muhammad Safian B. Ismail.
 |
Ahli Lembaga Pengarah Tn. Hj. Idham Hj. Abdul Karim menerima
Sijil "Kecemerlangan Pembangunan Komuniti" yang disampaikan oleh YDP
Majlis Perbandaran Kuantan Y.H Dato' Muhammad Safian B. Ismail. |
ANUGERAH TROFI SERI NONA TV3 (2003)

Puan Suzieyati bergambar bersama calon-calon akhir yang lain selepas memenangi Anugerah Trofi Seri NONA TV3. Turut bersama ialah bekas isteri kepada Perdana Menteri, Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood.
TAHNIAH kepada Pengarah Urusan Kolej SHAHPUTRA -
Puan Suzieyati Hj. Idham kerana telah sebagai Juara Anugerah Trofi Seri NONA
TV3 musim ke-4 pada 10 Ogos 2003 lalu. Kemenangan bersejarah itu bernilai
RM51,000 merangkumi sebuah Trofi Utama (RM30,000), set barangan kemas
(RM20,000) dan sepasang sutera tenun (RM1,000.00).
"Kejayaan ini merupakan kejayaan Kolej SHAHPUTRA kerana tanpa rekod
kecemerlangan serta pelbagai kejayaan yang pernah dicapai oleh kolej
ini, tidak mungkin saya dikategorikan sebagai usahawan wanita yang
berjaya seterusnya terpilih sebagai juara. Jutaan terima kasih kepada
Kolej SHAHPUTRA."
Ungkap Puan Suzieyati sambil menambah beliau turut
mengabadikan kemenangan ini kepada arwah ibunya - Allahyarhamah Che Piah
Ibrahim (Mama Intan) yang merupakan Ahli Lembaga Pengarah Kolej
SHAHPUTRA.
 
PENGIKTIRAFAN 'GRED A' OLEH PTPTN
- TAHNIAH kepada Kolej SHAHPUTRA Pengiktirafan 'Gred A' oleh
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di atas kewibawaan dan kecekapan menguruskan pinjaman para pelajar.
KEJAYAAN PELAJAR KOLEJ SHAHPUTRA
 |
TAHNIAH - RASIDAH BT. RASUL
Graduan UPM / ShahPutra Penerima ANUGERAH PELAJAR TERBAIK
KESELURUHAN PERINGKAT DIPLOMA sempena konvokesyen ke 7 UPM-IPTS
di Pusat Kebudayaan & Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
UPM, pada 1 Oktober 2005. |
 |
 |
| Rashidah Bte Rasul diberi penghormatan memberi ucapan
sempena kecemerlangan beliau dalam bidang akademik pada Majlis
Konvokesyen UPM-IPTS kali ke-7. Beliau memperolehi purata PNG
iaitu 3.695 |
Anugerah Graduan Cemerlang Keseluruhan UPM-IPTS telah
dianugerahkan kepada pelajar Kolej ShahPutra, Rashidah Bte
Rasul. Beliau menerima pingat dari Naib Canselor, Yang
Berbahagia Profesor Dato' Dr. Ir. Muhamad Zohaidie Bin Bardaie. |
KEJAYAAN PELAJAR KOLEJ SHAHPUTRA
 |
TAHNIAH - AZRAHAYU BT ABDUL AZIZ
Sekali lagi, Kolej ShahPutra mengulangi kejayaan yang
membanggakan. Menerusi keputusan peperiksaan bagi Semester
November lalu bagi program Diploma Sains Komputer UPM dan
Diploma Pengurusan Perniagaan UPM sessi 2000-2001, KSP telah
berjaya mendapat keputusan 100% lulus. Azrahayu bt. Abdul Aziz
dari program Diploma Sains Komputer UPM telah berjaya mendapat
PNG 4.000. Tahniah! |
Rahsia Kejayaan Azrahayu
Kejayaan bekas pelajar Pra Diploma Sains Komputer Azrahayu Bt. Abd.
Aziz, 19, mencapai keputusan penuh PNG 4.00 dalam peperiksaan Diploma
Sains Komputer UPM baru-baru ini, menjadi kebanggaan seluruh warga Kolej
ShahPutra. Anak kelahiran Kg. Benta, Pekan ini telah mencatat sejarah
yang cukup manis kerana kejayaan beliau pastinya memberi inspirasi
kepada semua bakal pelajar yang ingin dan sedang mengikuti program Pra
Diploma Sains Komputer. Ikuti rahsia kejayaan beliau ...
- S) Apakah faktor kejayaan anda?
J) Keluarga, pensyarah dan diri sendiri. Saya sentiasa berpegang kepada
nasihat dan untuk mengingati pelajaran akan tumpul jika kita hanya
fikirkan keseronokkan sebagai remaja.
- S) Apakah gaya pembelajaran yang berkesan?
J) Penumpuan dalam bilik kuliah. Bertanya terus apabila tidak faham.
Teknik baca dan faham bukan baca dan hafal. Saya berterima kasih kepada
para pensyarah kerana bersungguh-sungguh memberikan penerangan apabila
diperlukan. Selain dari itu, saya pastinya harus membuat ulangkaji disebelah malam.
Belajar secara berkumpulan baik tetapi saya lebih selesa mengulangkaji
pelajaran secara bersendirian.
- S) Apakah kejayaan ini memberi tekanan kepada anda?
J) Tidak. Apakah saya akan terus mendapat keputusan yang cemerlang atau
terbaik? Saya tidak tahu. Saya hanya tahu sebagai pelajar, saya perlu
belajar bersungguh-sungguh dan bersedia secukupnya sebelum menduduki
peperiksaan. Bersama usaha yang gigih, saya berdoa agar hasilnya adalah
yang terbaik.
KEJAYAAN PELAJAR KOLEJ SHAHPUTRA
 |
TAHNIAH - FATIHAH BTE. RAMLI
Fatihah Bte. Ramli merupakan pelajar dari program
Diploma Pengurusan & Teknologi Pejabat UiTM telah menerima "Anugerah Naib
Canselor" kerana mencapai keputusan terbaik dalam setiap peperiksaan
semester. |
KEJAYAAN PELAJAR KOLEJ SHAHPUTRA
- TAHNIAH di ucapkan kepada pelajar-pelajar dari program
Diploma UTM, UPM & UiTM yang telah dianugerahkan "Anugerah Dekan" bagi
keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir April 2007.
- TAHNIAH di ucapkan kepada pelajar-pelajar dari program
Diploma Sains Komputer UPM & Diploma Pengurusan Perniagaan UPM di atas
penganugerahan diploma pada Majlis Konvokesyen UPM-IPTS ke-8 pada 21
September 2006 di Universiti Putra Malaysia.
- TAHNIAH di ucapkan kepada pelajar-pelajar dari program
Diploma Pengurusan & Teknologi Pejabat UiTM di atas penganugerahan
diploma pada Majlis Konvokesyen UiTM pada 27 Mei 2006 di Universiti
Teknologi Mara, Shah Alam.
- TAHNIAH di ucapkan kepada pelajar-pelajar dari program
Diploma Sains Komputer UPM & Diploma Pengurusan Perniagaan UPM di atas
penganugerahan diploma pada Majlis Konvokesyen UPM-IPTS ke-7 pada 1
Oktober 2005 di Universiti Putra Malaysia.
|