Maklumat Mengenai
  • Permohonan Pinjaman Bagi Pembiayaan Pengajian
  • Geran Bantuan Bagi Yuran Pendaftaran
  • Penginapan & Pengangkutan
  • Kemudahan di Kolej Shahputra
  • Program Ditawarkan
    Notis Jabatan Perhubungan Mahasiswa

    NOTIS KEPADA PELAJAR SHAHPUTRA YANG TIDAK TINGGAL DALAM ASRAMA DAN MENYEWA DI LUAR.

    SISWA-SISWI KOLEJ SHAHPUTRA,
    Bagi mengelakkan kejadian salahlaku sosial dan kejadian para pelajar melanggar peraturan kolej / asrama, pihak JPM telah mengadakan perjumpaan dengan masyarakat & KRT sekitar penginapan yang disewa oleh siswa-siswi KSP. Berikut adalah ketetapan yang dicapai:-

    • Pelajar dikehendaki menjaga kebersihan premis rumah sewa masing-masing
    • Menjalin hubungan kejiranan yang rapat dengan penduduk setempat
    • Menghormati jiran dengan tidak membuat bising, menjerit atau memasang tv / radio terlalu kuat
    • Tidak membenarkan teman lelaki / wanita memasuki rumah atau melepak di kawasan rumah sehingga malam
    • Memakai pakaian yang sopan ketika berada di halaman rumah (menjemur pakaian dll)
    • Tidak melakukan perlakuan menjolok mata / lucah / bercumbu-cumbuan dengan pasangan masing-masing di sekitar rumah atau kawasan kejiranan.