- Perpustakaan @ ebrary Kolej SHAHPUTRA mempunyai pelbagai bahan bacaan
yang merangkumi pelbagai jenis buku termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris.
- Bahan-bahan bacaan tersebut juga boleh didapati secara
online dengan melayari
http://site.ebrary.com/lib/shahputra bagi
mendapatkan bahan bacaan atau rujukan pengajian anda.
- Perpustakaan Kolej SHAHPUTRA dibuka setiap hari dari hari Isnin -
Jumaat dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
- Bagi pelajar-pelajar yang ingin mengulangkaji pelajaran atau mencari
bahan rujukan bolehlah datang pada waktu malam dari hari Isnin - Rabu
bermula jam 8.30 malam hingga 10.30 malam. Pengangkutan pergi & balik
dari penginapan disediakan pada waktu tersebut.
OBJEKTIF
- Mengurus Sumber Maklumat untuk tujuan pembelajaran dan
pengajaran di kolej.
- Menyediakan peluang untuk mengembangkan ilmu pengetahuan dan
maklumat kepada masyarakat kolej dan komuniti sekeliling.
- Menambah kemahiran mencari dan menggunakan maklumat di kalangan pengguna.
SUMBER MAKLUMAT DAN KEMUDAHANKoleksi rak terbuka :
Semua koleksi adalah permintaan dari koordinator program, pensyarah dan
pelajar. Bacaan ini ditempatkan di rak terbuka yang disusun mengikut
nombor panggilan.Koleksi "red spot" : Koleksi ini hanya
digunakan di perpustakaan sahaja seperti buku teks dan nota yang akan
ditempatkan di rak yang telah ditetapkan.
Koleksi media : Terdiri daripada audio, kaset video, Compact
Disk (CD), Multimedia CD-ROM dan kits
Ebrary :
http://site.ebrary.com/lib/shahputra
E-journal :
http://infotrac.galegroup.com/itweb/myksk
Forum akademik : Forum ini membenarkan kakitangan akademik,
pelajar dan pengkaji untuk membawa keluar bahan-bahan perbincangan
tetapi mestilah mendapat persetujuan dari pihak perpustakaan terlebih
dahulu.
Perkhidmatan Pinjaman : Peminjam tidak boleh meminjam bahan
rujukan dan buku baru yang dipamerkan. Peminjam adalah seperti berikut :
| Kategori Keahlian |
Rak-rak terbuka |
| Pelajar |
Sebuah buku / 3 hari bekerja |
| Kakitangan Akademik |
2 buah buku / 5 hari bekerja |
Sistem Keselamatan Elektronik : Sistem ini sentiasa beroperasi
untuk memastikan semua bahan-bahan bacaan tidak dikeluarkan dari
perpustakaan tanpa kebenaran. Jika didapati bersalah dan tertangkap akan
dikenakan tindakan dari pihak perpustakaan dan kolej.
Komputer Berinternet : Komputer di perpustakaan boleh
digunakan untuk melayari internet.
Web OPAC :
http://192.168.0.3/library/catalog/
Mencetak dan Fotostat : Perkhidmatan ini disediakan di kaunter
perpustakaan.
CCTV : Mengawal aktiviti pengguna.
SUSUNAN KOLEKSI &
PANDUAN PENGKELASAN LCCKoleksi perpustakaan dikelas dan
diberikan nombor khas. Ini adalah untuk memastikan kolesi di bawah
didang perkara yang sama, disusun bersama di rak. Nombor khas ini
dikenali dengan nama Nombor Panggilan (Call Number) dan ditampal pada
tulang buku atau bahan. Pengetahuan asas mengenai skim pengkelasan
perpustakaan Kongres (LCCS) dapat membantu memudahkan pencarian bahan di
rak kerana pengkelasan bahan perpustakaan adalah mengikut skim ini.
Sebagai panduan, berikut ialah pembahagian bidang mengikut skim LCC :
| A |
General Works |
| B |
Philosophy, Psychology & Religion |
| C |
Auxiliary Science of History |
| D |
History : General and Outside the Americas |
| E |
History : United States |
| F |
History : United States Local and America |
| G |
Geography, Anthropology, Recreation |
| H |
Social Sciences |
| J |
Politic Sciences |
| K |
Law |
| L |
Education |
| M |
Music |
| N |
Fine Arts |
| P |
Language and Literature |
| Q |
Sciences |
| R |
Medicine |
| S |
Agriculture |
| T |
Technology |
| U |
Military Science |
| V |
Naval Science |
| Z |
Library science and Information Resource |
KEAHLIAN
| Keahlian Dalaman |
Pelajar dan Kakitangan SHAHPUTRA |
|
Keahlian Luaran |
- Pelajar Sepenuh/Separuh Masa Universiti Tempatan
- Pegawai Kerajaan
- Kakitangan akademik Universiti Tempatan
- Pelajar OUM
|
PERATURAN-PERATURAN
- Sebahagian dari peraturan-peraturan ini adalah diperlukan untuk mencapai objektif perpustakaan.
- Setiap ahli perpustakaan mesti mematuhi praturan-peraturan yang telah ditetapkan.
- Tindakan akan diambil sekiranya tidak mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
- Ahli perpustakaan boleh menggunakan kemudahan yang ada sekiranya dibenarkan oleh pustakawan.
- Kad matrik perlu ditunjukan sekiranya diminta oleh pustakawan.
- Tidak dibenarkan makan, minum, merokok dan tidur di perpustakaan.
- Pengguna dikehendaki senyap ketika berada di perpustakaan supaya tidak mengganggu pengguna lain.
- Telefon mudah alih dibenarkan di perpustakaan tetapi hendaklah berkeadaan senyap.
- Pengguna tidak dibenarkan mengalihkan bahan-bahan bacaan sesuka hati.
- Pengguna yang merosakkan harta benda perpustakaan akan dikenakan 2 kali ganda bayaran dari harga asal.
- Semua pengguna diminta untuk berpakaian sopan. pustakawan berhak memberi arahan untuk keluar dari perpustakaan sekiranya tidak memakai pakaian yang sesuai seperti yang telah ditetapkan oleh pihak kolej.
- Semua pengguna perlu mematuhi setiap peraturan yang ditetapkan.
- Semua pengguna perlu mematuhi kod etika pemakaian yang ditetapkan oleh pihak kolej.
|