|
|
Majlis
Perjumpaan Alumni 2004
18
Dis, 2004. Kampong Restaurant, Hyatt Regency
Kuantan - Seramai 65 orang bekas pelajar
Kolej ShahPutra drpd Ambilan Pertama (1998)
hingga yang terkini 2004, menjayakan Majlis
Alumni yang turut dihadiri oleh jemputan
V.I.P terdiri dari Puan Sallieyanti Hj Idham
selaku penaung Kelab Alumni Kolej ShahPutra,
En. Yusoff Mohammad selaku Pengurus di Jabatan
Sumber Manusia Kolej ShahPutra Kuantan,
En. Norhisyam B. Ab. Rahman selaku Pengarah
Pengurusan Korporat dan En. Ghazalli B.
Mohd Ali selaku Pengurus Jabatan Kewangan
Kuantan. Majlis yang dimulakan pada jam
2.30 petang itu dipenuhi denga aktiviti
cabutan bertuah, pemberian cenderahati,
mini mesyuarat memilih AJK luar dan jamuan
makan. Majlis seumpama ini akan diadakan
pada setiap tahun dan akan dimasukkan kedalam
kalendar aktiviti tahunan Kelab Alumni.
Majlis berakhir pada jam 6.00 petang dan
diakhiri dengan ucapan penutup oleh Presiden
Kelab Alumni 2004, Saudara Mohd Khairulanuar
Sahabudin.
|