- ** Surat pengesahan pendapatan ibu bapa/penjaga
jika tiada slip gaji @ borang J. Surat ini hanya boleh dikeluarkan oleh
Ketua Kampung, Penghulu / Penggawa, Pegawai Daerah atau Wakil Rakyat dimana
penama bermastautin.
- Sila sediakan segala dokumen yang diperlukan pada hari pendaftaran bagi
tujuan mempercepatkan proses permohonan pinjaman pelajaran.
- Borang permohonan pinjaman permohonan MARA akan disediakan secara
percuma setelah pelajar mendaftarkan diri di Kolej SHAHPUTRA.
SEMUA SALINAN DOKUMEN HENDAKLAH DISAHKAN BENAR OLEH:
- Ketua Kampung @ Penghulu, Pegawai Daerah yang mempunyai Cop Jawatan
Rasmi ATAU
- Semua Pegawai-pegawai kerajaan dan badan berkanun dalam kumpulan A dan B
seperti Pengetua dan Guru Besar sekolah ATAU
- Pegawai-pegawai dalam perkhidmatan perundangan dan kehakiman seperti
Majistret, Peguambela & Peguamcara ATAU
- Wakil Rakyat ATAU
- Jaksa Pendamai (JP)
Sebarang pertanyaan mengenai maklumat ini, sila berhubung dengan
Bahagian Kewangan Kolej ShahPutra Kuantan di talian 09-5737777 Samb.
135, 144, 150 |