SELAMAT
DATANG
PERMOHONAN
ON-LINE KE KOLEJ SHAHPUTRA
| Sila
baca dengan teliti |
|
PROSES
TAWARAN
KURSUS |
-
Permohonan
secara Online ke Kolej SHAHPUTRA
adalah PERCUMA
bagi sesiapa yang ingin memohon
untuk mengikuti pengajian di Kolej
ini.
-
Untuk setiap pemohonan yang diisi,
anda akan ditawarkan dengan kursus
mengikut pilihan yang telah dimasukkan,
berdasarkan kepada keputusan SPM
yang telah diisikan. Tawaran yang
diberikan adalah tawaran bersyarat.
-
Sekiranya
permohonan anda berjaya, sila
cetak Surat Tawaran dan bawa bersama
pada hari pendaftaran di Kolej
SHAHPUTRA, mengikut tarikh
yang telah ditetapkan pada Surat
Tawaran Bersyarat tersebut.
|
|
LANGKAH-LANGKAH
PERMOHONAN |
-
Sebelum
mengisi Borang Permohonan Online,
pastikan anda mempunyai keputusan
SPM dan nombor telefon yang boleh
dihubungi.
-
Pada
Borang Permohonan Online, masukkan
pilihan program yang dikehendaki.
Anda dibenarkan memilih sehingga
3 pilihan kursus program.
-
Masukkan
Maklumat Peribadi anda seperti
Nama, No Kad Pengenalan, No Telefon
dan Alamat terkini untuk proses
penghantaran surat tawaran nanti.
-
Masukkan
Maklumat Peperiksaan SPM anda
iaitu Nama Sekolah, tahun peperiksaan
dan senarai keputusan SPM yang
telah diperolehi.
-
Isikan
maklumat peperiksaan lain seperti
STPM, MUET dan lain-lain sekiranya
ada.
-
Akhir
sekali periksa dan pastikan sebarang
maklumat yang dimasukkan adalah
tepat dan benar. Tawaran kursus
secara bersyarat kami adalah bergantung
kepada maklumat yang telah anda
masukkan.
-
Status
permohonan anda akan dipaparkan.
Sekiranya berjaya, anda boleh mencetak
terus Surat Tawaran Bersyarat yang
dipaparkan. Pastikan perisian Adobe
Acrobat Reader telah diinstall pada
komputer anda untuk mencetak surat
tawaran sekiranya permohonan anda
berjaya.
|
|
SEMAKAN
TAWARAN KURSUS DAN PENERIMAAN SURAT
TAWARAN |
-
Sekiranya
permohonan anda telah diproses,
anda akan menerima jawapan kursus
yang layak diikuti di Kolej SHAHPUTRA
dan kursus yang ditawarkan kepada
anda berdasarkan pilihan kursus
yang dimasukkan dan keputusan
SPM anda.
- Sekiranya
permohonan anda tidak berjaya, anda
boleh kemaskini kursus Pilihan dengan
memilih kursus yang layak mengikut
keputusan SPM anda. Syarat-syarat
kemasukan kursus boleh disemak di
Laman Utama Kolej SHAHPUTRA
|
| |
Untuk
permohonan selain daripada secara
online,
sila hantarkan salinan keputusan
SPM anda melalui pos atau faks
kepada kami,
atau datang sendiri ke:
Unit
Kemasukan, & Rekod
Kolej SHAHPUTRA,
BIM
Point, Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
Tel. 609-573 7777 Faks.
609-573 8899
Untuk
sebarang pertanyaan, sila emailkan
kepada kami di
admission@kolejshahputra.edu.my |
SELAMAT
MEMOHON DAN SELAMAT BERJAYA !
Daftarlah
dengan KOLEJ SHAHPUTRA bagi menjamin masa
depan yang cemerlang.
|